Anwar digesa pecahkan monopoli Melayu dalam sektor awam

Anwar digesa pecahkan monopoli Melayu dalam sektor awam

P. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak lagi terpakai.

Ini kerana, katanya, hujah berkenaan digunakan bekas Perdana Menteri itu untuk menginstitusikan hegemoni Melayu khususnya dalam perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Ramasamy berkata, terdapat juga dasar mengimbangi penguasaan ekonomi China dengan membawa masuk pelabur asing, serta melalui pertumbuhan syarikat berkaitan kerajaan.

“Memandangkan kepelbagaian ekonomi dari segi pemilikan dan kawalan, adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu.

“Dasar perkauman sebegini tidak boleh dipertahankan lagi ketika Kerajaan Perpaduan berkuasa,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ramasamy berkata, Anwar menyedari keperluan untuk memecahkan monopoli orang Melayu terhadap perkhidmatan awam.

Kata beliau, alasan orang bukan Melayu menjauhkan diri daripada perkhidmatan awam kerana kekurangan prospek kenaikan pangkat adalah tidak benar.

Oleh itu, katanya, kerajaan hari ini perlu membatalkan dasar yang diperkenalkan Dr. Mahathir itu.

“Secara ideologi, tidak ada ‘cinta’ yang hilang antara Anwar dan Mahathir, tetapi yang pasti Anwar boleh melemahkan keganasan Mahathirisme bermula dengan mereformasi perkhidmatan awam.

“Agenda reformis di bawah Kerajaan Perpaduan mungkin tenggelam, tetapi dengan Pakatan Harapan sebagai sauh, tidak ada lari daripada apa yang dijanjikan kepada rakyat.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya