SHAH ALAM: Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menerima suapan RM4.1 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). Adam Radlan, 42, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan wang RM2 juta daripada seorang…