280 pemilik Ducati sertai Panigale 2023

280 pemilik Ducati sertai Panigale 2023

PESERTA tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Michele Pio Pirro pada Perhimpunan Ducati Panigale 2023 di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 280 pemilik Ducati Panigale konvoi bersama penunggang ujian MotoGP Ducati, Michele Pio Pirro bagi menyertai perhimpunan terbesar Panigale 2023 yang dianjurkan oleh Panigale Kingdom.

Jawatankuasa penganjur, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, acara tersebut dimulai di Madani Bikes (Ducati Kuala Lumpur) sambil beramah mesra bersama Michele Pio sebelum bergerak ke tapak perhimpunan iaitu di Zenith Hotel, Kuantan.

Katanya, acara konvoi motosikal berkuasa tinggi ke Kuantan itu merupakan pembuka tirai bagi tahun 2023 buat mereka.

PARA peserta Perhimpunan Ducati Panigale 2023 tiba di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur, hari ini. – FOTO/SHIDDIEQIIN ZON

“Panigale Kingdom amat bertuah dengan kehadiran Michele Pio Pirro dan kesudian beliau untuk sama-sama menunggang bersama kami ke Kuantan. Bukan mudah untuk mana-mana kelab motor mendapat pengalaman sebegini.

“Acara hari ini merupakan permulaan yang baik bagi kelab kami dan akan ada pelbagai lagi acara menarik yang telah kami susun sepanjang tahun ini,” katanya di dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Michele Pio merupakan pelumba dari Itali dan pernah menjadi Juara Kebangsaan CIV Itali pada tahun 2007 dan 2008 dalam kelas Superstock dan kini merupakan penunggang ujian untuk perlumbaan MotoGP bagi pasukan Ducati.

Beliau juga pernah bertanding dalam perlumbaan motosikal Grand Prix dan Kejohanan Dunia Supersport.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, program yang diadakan itu turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan setiap peserta sentiasa dijaga dan sampai dengan selamat ke destinasi.

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada pasukan Polis Trafik di mana Superintenden Yatim dari JSPT Bukit Aman turut hadir memberikan sokongan.

“Beliau turut menasihati semua penunggang supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam berkonvoi dan mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya