2 pesawat angkut TUDM berlepas Syria hantar bantuan Sabtu ini

2 pesawat angkut TUDM berlepas Syria hantar bantuan Sabtu ini

PASUKAN No.8 Skuadron TUDM Subang bergambar dengan dua pesawat A400M ketika singgah di Muscat, Oman sebelum ke Turkiye. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak dua buah pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal digerakkan ke Syria untuk misi penghantaran bantuan kemanusiaan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pesawat model A400M dari No.8 Skuadron itu pernah digerak atur untuk tugas penghantaran yang serupa termasuk membawa peralatan perubatan dan hospital medan ke Turkiye minggu lepas.

“Ini demi memastikan segala bantuan kemanusiaan dari Malaysia akan sampai segera dengan selamat terus kepada ribuan mangsa gempa bumi di Syria pula,” kata Wisma Putra.

Pesawat A400M buatan firma konsortium Airbus Military oleh pelbagai negara Eropah tersebut mampu mengangkut pelbagai jenis kargo penuh sehingga berat hampir 40 tan metrik.

Warga Malaysia ujar Wisma Putra yang ingin menyumbang untuk mangsa di Syria boleh berbuat demikian dengan menghantar barang keperluan kepada dua pusat pengumpulan melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) berada di Jalan Pulau Meranti, Puchong, Selangor.

Tidak ketinggalan ialah ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang terletak di Lot PT 54, Lengkok Belfield off Jalan Wisma Putra, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Antara barangan amat diperlukan mangsa di Syria termasuklah pek makanan kering sedia dimakan, biskut, makanan dalam tin, buah kurma, mi segera, snek dan serbuk minuman selain barangan bukan makanan pula meliputi beg tidur, tuala wanita, kanvas plastik, tali khemah, lampu puncak ada bateri, lampu mudah alih dan pemanas ada palam C atau F.

“Jika sumbangan pakaian, ia perlu jenis musim sejuk bagi orang dewasa dan kanak-kanak manakala keperluan bayi meliputi susu formula, lampin dan makanan bayi,” tambahnya.

Wisma Putra berkata, penyumbang dimohon agar melabelkan item yang ingin didermakan itu dengan jelas dan barangan dibungkus kemas dalam kotak atau pembungkus plastik.

Setiap sumbangan katanya, juga perlu ada aku terima oleh pegawai Nadma atau PBSM yang bertugas di pusat pengumpulan berkenaan untuk tujuan rekod item secara sistematik.

Semalam, Pasukan Peninjau Khas Malaysia sudah selamat tiba di ibu kota Syria, Damsyik setelah menempuh perjalanan darat lebih dua jam dari ibu negara Lubnan, Beirut diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad yang disambut Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob.

Pasukan itu ditugaskan untuk mencari gambaran sebenar dan membuat penilaian awal di lapangan mengenai bentuk bantuan yang diperlukan mangsa gempa di Syria ketika ini selain membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa di Syria selain mengenal pasti laluan yang selamat bagi misi penghantaran bantuan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya