11 pemburu haram diberkas KDNKA dengan rampasan RM4.9 juta

11 pemburu haram diberkas KDNKA dengan rampasan RM4.9 juta

ANTARA hidupan liar dirampas Polis Diraja Malaysia dalam serbuan di sekitar negara, tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 11 individu disyaki pemburu haram ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dalam lapan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) sejak 1 Januari hingga 16 Februari lalu.

Dalam operasi tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut merampas pelbagai haiwan liar bernilai RM4.9 juta. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan 2002.

Katanya, daripada lapan serbuan yang dijalankan itu, terdapat satu operasi yang mendapat penghargaan daripada Global Tiger Forum iaitu sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan bagi melindungi habitat asal harimau.

“Kita telah berjaya membuat tangkapan seorang lelaki warga tempatan di Selangor dan merampas sebanyak 69 produk hidupan liar dengan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM1.2 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Noorsiah berkata, Wildlife Crime Bureau (WCB) dan Perisikan Siasatan Khas (PSK) telah merekodkan sejumlah 23 kes dengan nilai rampasan RM2.68 juta menerusi OBK pada tahun lalu.

Jelasnya, antara hidupan liar dan haiwan dilindungi yang berjaya diselamatkan adalah burung murai batu, monyet biru, kucing batu, burung hill myna, helang, musang, iguana dan ayam hutan.

“Malah, satu kes menarik telah direkodkan pada tahun lalu membabitkan seorang lelaki warga tempatan dan seorang individu warga Vietnam ditahan di Kelantan.

“Modus operandi sindiket adalah dengan melakukan penyeludupan haiwan liar melalui jalan laut dengan menggunakan sebuah kapal nelayan,” ujarnya. 

Tambahnya, pihak WCB dan PSK akan terus komited dalam membanteras sindiket perdagangan hidupan liar serta meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan. 

“Operasi yang dijalankan turut menyasarkan sindiket membabitkan pelombong haram, pembalakan haram, marin biologi yang memusnahkan flora dan fauna.

“Penglibatan orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amatlah digalakkan agar jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya