Warga kerja nikmati persamaan, raikan perbezaan - Utusan Malaysia

Warga kerja nikmati persamaan, raikan perbezaan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada kepada asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid As Sakinah, Padang Melangit, Beseri, Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan setiap
warga kerja di sesebuah organisasi agar saling berkompromi dan empati dengan menikmati persamaan serta meraikan perbezaan.

Titah baginda, apabila diterima masuk bekerja di mana-mana organisasi jadilah pemerhati yang baik.

“Kenali karakter rakan sekerja dan pegawai tertinggi di tempat bekerja baharu serta kategorikan mereka dalam golongan yang mempunyai aura positif atau negatif.

“Di tempat kerja juga, walaupun mereka mungkin mempunyai aura positif, pasti ada persamaan dan perbezaan yang wujud dalam perhubungan.

“Bagi memastikan hubungan yang dibina menjadi lebih harmoni, setiap warga kerja haruslah saling berkompromi dan empati dengan menikmati persamaan dan meraikan perbezaan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada kepada 19 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid As Sakinah, Padang Melangit, Beseri di sini hari ini.

Setiap mereka menerima RM400 secara tunai membabitkan jumlah keseluruhan RM7,600.

Pada majlis itu, Saad Jaya yang tidak sihat diwakili isterinya menerima replika kunci sebuah rumah baharu yang dihuni mereka bermula 23 Disember 2022 atas sumbangan MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin.

Berangkat sama ke Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan satu bagi tahun 2023 tersebut ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta amil kariah berkenaan, Asnan Senawi.

Selepas program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs bersama-sama Syed Sirajuddin Areeb turut berkenan menyantuni rumah asnaf, Kalsum Mohamad,71, yang tinggal di Jalan Padang Melangit bersama keluarga bagi menyampaikan sumbangan.

Warga emas tersebut merupakan salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs, Bantuan Sebuah Rumah MAIPs dan juga Bantuan Fitrah MAIPs.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya