Wanita maut, tunang cedera kereta terbabas dalam parit - Utusan Malaysia

Wanita maut, tunang cedera kereta terbabas dalam parit

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam kereta yang terbabas dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu tunangnya terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap di sini petang tadi.

Kejadian itu mengorbankan mangsa dikenali Nurul Fatihah Ismail, 29, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Tunang Nurul Fatihah berusia 30 tahun yang memandu kereta jenis Honda Civic pula cedera di tangan kanan dan kaki kiri manakala adik perempuannya yang belum dikenal pasti identiti pula cedera di muka.

Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah untuk menghantar Nurul Fatihah sebelum dua beradik itu meneruskan perjalanan ke kampung di Taiping.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat pada pukul 6.28 petang.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah kereta telah terbabas di dalam parit dengan dua wanita masih berada di dalam kenderaan.

“Pemandu kereta telah dibawa keluar dari kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Dua mangsa wanita tidak tersepit dan kerja-kerja menyelamat dijalankan bagi membawa mereka keluar. Operasi itu mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua beradik yang cedera itu pula telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan. Operasi tamat pada pukul 7.23 petang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.