Wanita didakwa bunuh pemandu e-hailing

Wanita didakwa bunuh pemandu e-hailing dihadapkan ke mahkamah

ERTUDUH, Nurima Juli semasa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tawau hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau hari ini bagi pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.

Namun tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh yang dikenali sebagai Nurima Juli, 33, berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semasa pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berbaju kemeja-T hitam dan berseluar jeans biru hanya mengangguk kepala tanda faham dengan pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret, Mohd. Dzul Elmi Yunus.

Berdasarkan pertuduhan, pada 13 Januari lalu, Nurima bersama beberapa individu yang masih bebas didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, yang merupakan seorang pemandu e-hailing antara pukul 7.30 malam hingga 9 malam.

Mengikut kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Ia memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahnidzam Ahmad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia laporan bedah siasat kes berkenaan.

Difahamkan kes ini berkaitan dengan penahanan lapan pegawai polis termasuk empat pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu e-hailing berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.