[VIDEO] Tuduhan cederakan orang: Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tuduhan cederakan orang: Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah

SHARNAAZ Ahmad memakai kemeja biru tua dan berkaca mata hitam ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - UTUSAN/FAIZ ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.30 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau sebelum ini ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni yang juga pengawal keselamatan sebuah kondominium di Segambut.

Pelakon filem ‘Juvana’ itu sempat memberikan salam dan mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.

Ketika ini, Sharnaaz Ahmad masih menunggu giliran kes dan pertuduhan dibacakan.

SHARNAAZ Ahmad menegur pengamal media ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – UTUSAN/ZAREEN SEJAHAN

Tahun lalu media melaporkan, pelakon lelaki berusia 38 tahun itu direman tiga hari. Beliau dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya