UMNO jangan buka pekung sendiri isu politik wang

UMNO jangan buka pekung sendiri isu politik wang

SYED MOHD. SYED NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menganggap pemberian wang kepada pengundi sebelum dan semasa pilihan raya sebagai ‘sedekah’.

Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Syed Nasir berkata, ini kerana ia boleh membuka pekung sendiri memandangkan persepsi rakyat sudah lama mengaitkan parti ini dengan politik wang.

Sebaliknya, beliau berkata, adalah lebih baik UMNO memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.

“Jangan melemahkan parti dengan kenyataan serta tindakan yang ‘membunuh diri’.

“Isu kenyataan Abdul Hadi berhubung dakwaan politik wang itu serahkan sahaja kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat jika benar terbukti dan menyalahi Akta Pilihan Raya 1954.

“Lagipun, UMNO Terengganu sudah memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon Pas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengecam kenyataan Abdul Hadi dengan mengingatkan Presiden Pas itu tidak seharusnya menukar sesuatu hukum atau fatwa dengan sewenang-wenangnya bagi mempertahan perbuatan yang berpihak partinya.

Turut menyelar kenyataan Abdul Hadi itu ialah Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang meminta Ahli Parlimen Marang itu tidak mencari sebarang dalil bagi tujuan menghalalkan perbuatan rasuah.

Pada masa sama, Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan tindakan Abdul Hadi itu juga seperti cuba ‘menghalalkan’ apa sahaja perbuatan mereka yang ternyata salah dari segi peraturan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya