UMNO belum putus tindakan terhadap 5 ADUN Sabah

UMNO belum putus tindakan terhadap 5 ADUN Sabah

SHAHELMEY YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO masih belum membuat sebarang keputusan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu sidang akhbar di Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

“Kita belum membuat sebarang keputusan mengenainya (lima ADUN yang menyokong Ketua Menteri),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lima ADUN UMNO yang enggan menyokong langkah UMNO Sabah menarik sokongan kepada kerajaan negeri sedia dikenakan tindakan termasuk dipecat daripada parti itu.

ADUN terbabit ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Berhubung kerajaan perpaduan Sabah, Ahmad berkata, tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kelancaran Perhimpunan Agung UMNO 2022 sebelum memikirkan perkara berbangkit yang lain. 

“Itu cerita kemudian sebab Kerajaan Sabah begitu unik dan harap segalanya akan stabil kembali.

“Itu kita beri komen kemudian, nak tumpu perhimpunan agung,” jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin digugurkan daripada Kabinet baharu Hajiji. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya