Tuntuan palsu RM60,000: Pemilik syarikat, penyelia ditahan

Pemilik syarikat, penyelia ditahan kemuka tuntutan palsu RM60,000 babit kerja pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemilik syarikat dan ketua penyelianya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM60,000 bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan membabitkan sebuah bangunan kerajaan di Kuala Lumpur.

Satu sumber berkata, kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berusia 50-an yang juga pemilik syarikat ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam di SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan palsu dari tahun 2020 hingga 2022 membabitkan kontrak bernilai lebih RM4.2 juta.

“Berdasarkan pemeriksaan awal mendapati tuntutan lebih RM60,000 berkaitan gaji dan tuntutan lebih masa pekerja dan kerja pembersihan telah dituntut sedangkan pekerja-pekerja tersebut tidak bekerja di syarikat berkenaan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek lelaki akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pukul 9 ini untuk mendapatkan perintah reman manakala wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya