Tindakan Paludan seperti bakar jasad umat Islam

Tindakan Paludan seperti bakar jasad umat Islam

AHMAD Fadhli Shaari hadir dalam Himpunan Martabat Islam bermula di Masjid As-Syakirin KLCC dan berarak ke Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan Rasmus Paludan membakar al-Quran di Sweden. Turut hadir Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran dianggap biadab dan seolah-olah membakar jasad umat Islam.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Malaysia perlu membantah sekeras-kerasnya perbuatan itu agar tidak berlaku lagi.

Kata beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunjukkan ketegasan dengan memanggil Duta Sweden ke Putrajaya bagi memberi penjelasan terhadap perbuatan keji ahli politik negara itu.

“Kerajaan Madani perlu bertindak tegas dengan memanggil kedutaan Sweden menghadap ke Putrajaya dan desak penjelasan daripada mereka supaya mengambil tindakan kepada Rasmus Paludan dan sekiranya gagal, mereka harus ditunjukkan jalan keluar dari negara kita.

“Tindakan itu perlu untuk membuktikan kerajaan Malaysia benar-benar bertindak untuk memastikan kita sebagai umat Islam terluka dengan perbuatan itu dan bukan sekadar menghantar bantahan tiga perenggan sahaja,” katanya semasa demonstrasi solidariti Pemuda Pas di hadapan Kedutaan Sweden hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Fadhli, pihaknya hadir berhimpun secara aman untuk menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Sweden.

Malah, kata beliau, bantahan ini tidak akan berhenti di sini selagi mana perbuatan itu tidak ditarik balik.

“Tindakan biadab Rasmus itu seolah-olah membakar jasad umat Islam di seluruh dunia dan dia perlu memohon maaf secara terbuka,”tegasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, lebih 500 orang menghadiri demonstrasi solidariti anjuran Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (Pas) di hadapan Kedutaan Sweden.

Soliditari perhimpunan aman itu adalah sebagai amaran kepada kerajaan Sweden supaya tidak membenarkan perbuatan terkutuk itu berulang lagi pada masa akan datang dan untuk mengecam sekeras-kerasnya tindakan itu.

Memorandum berkenaan telah disampaikan kepada Kedutaan Sweden oleh empat wakil iaitu Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nazir Helmi, Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Selebriti Rap, Ariz Ramli yang lebih dikenali sebagai Caprice dan wakil Bunganan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis).

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd. Nor yang turut hadir berkata, beliau mewakili Muslimah Islam Malaysia menyatakan sikap tidak puas hati terhadap tindakan Rasmus dan kerajaan Sweden yang bersikap sambil lewa.

“Perbuatan itu adalah satu kezaliman dan menggugat maruah bangsa. Saya meminta ahli politik itu supaya memohon maaf secara terbuka dan menyatakan kekesalan untuk tidak mengulanginya kerana ia akan merobek perpaduan terhadap Islam seluruh dunia,” katanya.

Pada masa sama, Gamis bertindak membakar poster Rasmus Paludan sebagai satu gimik bantahan untuk mengutuk tindakan biadap ahli politik itu dalam demonstrasi yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya