Tindakan Paludan cetus ketidakteraman masyarakat dunia

Tindakan Paludan cetus ketidakteraman masyarakat dunia

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemerintah Sweden digesa mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan provokatif dan biadab ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskah al-Quran di Stockholm pada 21 Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan Paludan itu dilihat bertujuan mewujudkan ketidaktenteraman masyarakat dunia.

Beliau berkata, tindakan itu juga mesti dibantah kerana menyalahgunakan prinsip kebebasan bersuara dengan menceroboh al-Quran yang menjadi kitab suci agama Islam.

“Saya menyeru seluruh masyarakat menghormati kemuliaan agama Islam, membudayakan dialog dan menyemarakkan nilai-nilai kehormatan sejagat bagi mewujudkan keharmonian hidup masyarakat dunia hari ini.

“Kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik Sweden itu juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menentang sebarang bentuk keganasan dan kebencian khususnya Islamofobia,” katanya.

Kelmarin, Paludan yang juga pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs itu membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden dengan dikawal ketat pasukan polis.

Aksi biadab Paludan yang turut menghina Islam itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan.

Negara-negara Islam termasuk negara Arab dan seluruh dunia Islam termasuk Malaysia mengecam tindakan melampau Paludan dan ia turut membangkitkan kemarahan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.