Tiga NGO bergabung baiki motosikal mangsa banjir

Tiga NGO bergabung baiki motosikal mangsa banjir

SEBAHAGIAN ahli NGO yang menawarkan perkhidmatan membaiki motosikal mangsa yang ditenggelami air di Kampung La, Besut, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sebanyak 200 motosikal milik mangsa banjir dibaiki oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kampung La, di sini, hari ini.

Motosikal terbabit mengalami kerosakan akibat ditenggelami air dalam kejadian banjir  bermula pada 18 Disember lalu.

Penyelaras Program Ride dan Misi Bantuan Pasca Banjir Kampung La, Hassan Harun berkata, tiga NGO tersebut ialah Iman Care, Alternative Ride Club (ARC) dan Warga Cakna yang melibatkan 30 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan motosikal biasa di sekitar daerah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan daerah Besut .

Menurutnya, antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemilik motosikal yang terjejas ialah menggantikan minyak pelincir dan palam pencucuh.

“Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kewangan mangsa banjir kerana kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai petani dan pekebun yang sangat memerlukan motosikal sebagai pengangkutan utama mereka dalam urusan seharian,” katanya kepada pemberita di sini.

Selain servis motosikal percuma, tiga NGO itu turut menyalurkan sumbangan barangan keperluan makanan kepada beberapa pemilik kediaman yang terjejas teruk di kampung itu.

Sementara itu, beberapa pemilik motosikal di Kampung La, Rosmalizawati Latif, 37, berkata, bantuan seumpama itu sangat diperlukan kerana banjir kali ini menyebabkan hampir 90 peratus barangan di rumahnya rosak.

“Dengan ada program sebegini, syukur Alhamdulillah memang rasa terharu dan lega, sekurang-kurangnya dapat jimatkan perbelanjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya