Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Singapura

Tiga MoU keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau dimeterai antara Malaysia-Singapura

ANWAR Ibrahim dan Lee Hsien Loong (belakang) menyaksikan pemeteraian MoU antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dan Singapura, hari ini. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga perjanjian dimeterai antara Malaysia dan Singapura dalam lawatan rasmi sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya ke negara republik itu hari ini.

Perjanjian itu dimeterai bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan delegasi Singapura di The Istana pada pukul 4 petang ini.

Anwar berkata, pemeteraian tiga perjanjian antara Putrajaya dan Singapura itu meliputi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau.

“Menerusi pertemuan ini kami sebagai kawan rapat dan jiran dapat bekerjasama secara konstruktif serta menghasilkan situasi menang-menang dengan faedah yang ketara untuk rakyat dan lapangan perniagaan kedua-dua negara.

“Dua rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau itu ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatnya, Gan Kim Yong bagi pihak Singapura.

“Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula mewakili Malaysia untuk menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama dari aspek Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu diberi penghargaan oleh Hsien Loong yang menamakan spesies orkid hibrid atas nama Dendrobium Anwar Azizah sempena kunjungan rasmi beliau ke Singapura.

Menurut Anwar, pertemuan kali ini memberi peluang dua negara untuk meneroka bentuk kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

“Kami turut berpeluang membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” ujarnya.

Perdana Menteri dijadual berangkat pulang ke tanah air pada pukul 6 petang ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.