Tanah runtuh: RM21.1 juta tambahan selenggara cerun - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: RM21.1 juta tambahan selenggara cerun

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM21.1 juta peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri untuk pembaikan cerun di seluruh negeri susulan tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang mengorbankan 31 nyawa pada pertengahan 16 Disember lalu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, peruntukan itu diluluskan selepas laporan tragedi berkenaan dan cadangan dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu.

“Laporan bencana tanah runtuh Batang Kali dibentangkan kepada MMKN, dan hasil laporan tersebut, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun. 

“Garis panduan berhubung aktiviti perniagaan serta tapak perkemahan akan diusahasama oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan keselamatan warga Selangor yang menjalankan aktiviti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, selain 31 kematian dicatatkan, tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Genting Highland itu menjejaskan kesemua 92 mangsa termasuk kanak-kanak  ketika mereka sedang menginap di Father’s Organic Farm.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MMKN turut membincangkan kejadian tanah runtuh di Bukit Permai Fasa 2, Ampang pada Mac tahun lalu yang menyebabkan 15 buah rumah terpaksa dikosongkan berikutan tidak selamat untuk diduduki.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan notis kepada penduduk 15 buah rumah supaya dikosongkan kerana kawasan tersebut tidak selamat untuk diduduki akibat pergerakan tanah. 

“Oleh yang demikian, kerja-kerja pengukuhan tebing sedang dilaksanakan sementara menanti laporan penuh analisis daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat disiapkan,” ujarnya.

Sementara itu dalam mesyuarat sama, Amirudin turut memberitahu komitmen kerajaan untuk menyelenggara dan melebarkan jalan di bawah kelolaan kerajaan negeri dengan memperuntukkan RM50 juta yang akan bermula dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya