Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’

Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’

SEPASANG suami isteri meluangkan masa bersama ketika bercuti di pekarangan ‘Secret Garden’ Gua Kelam, Padang Besar, Perlis, semalam. – FOTO/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari pintu Gua Kelam sejauh 370 meter, pe­ngunjung pastinya terpegun melihat sebuah taman yang cu­kup indah seolah-olah se­perti berada di ‘alam fantasi’ atau ‘ka­ya­ngan’.

Disitulah terletak Taman Rah­­­sia Perlis atau Secret Garden yang kedudukannya di te­ngah hutan belantara de­ngan me­ngalir sungai di tengah­nya untuk berekreasi selain lanskap­nya yang mempesona dengan pemandangan alam semula ja­di seperti bukit-bukau, su­ngai yang mengalir tenang dan tum­bu­han indah.

Taman tersebut diselenggara dengan cukup rapi dan cantik sebagai nilai tambah di Gua Kelam yang merupakan salah satu lokasi pelancongan popular di negeri ini.

Taman yang indah itu bukan fantasi, sebaliknya ia memang wujud di tengah belantara. Itulah keunikan Taman Rahsia Perlis atau ‘Secret Garden of Perlis’ yang terletak dalam kawasan paling hujung Taman Rekreasi Gua Kelam itu.

Kebelakangan ini, lokasi ber­kenaan mula tular di media-media sosial sekali gus kembali menjadi tumpuan pengunjung ke situ dan difahamkan sempena cuti Tahun Baharu Cina, Gua Kelam diserbu pelancong dari seluruh negara.

Seorang pengunjung dari Jitra, Kedah, Siti Norliayana Rozi, 32, berkata, pemandangan dan suasana di taman berkenaan cukup memukau seolah-olah berada di kayangan

Katanya, cukup berbaloi menelusuri Gua Kelam seterusnya menikmati keindahan taman berkenaan yang terletak di kawasan paling hujung lokasi pelancongan tersebut.

Ujarnya, di hadapan taman ber­kenaan, terdapat sungai yang mengalir tenang dengan air­nya cukup jernih di bawah rimbunan pokok yang menjadi tumpuan aktiviti riadah.

“Taman berkenaan tular di media sosial dan melihat taman tersebut membuatkan kami tertarik untuk berkunjung ke sini. Ternyata taman tersebut sangat indah dan membuatkan kami menikmati suasana cukup mendamaikan.

“Tumbuhan dan bunga yang terdapat di situ juga cukup cantik dan unik. Di Perlis sejak akhir-akhirnya mula menjadi tarikan pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi,” katanya.

Seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Chuah, 63, dari Kulim, Kedah, berkata, dia mengambil kesempatan berkunjung di lokasi-lokasi indah di Perlis terma­suk Gua Kelam yang menyajikan pemandangan indah.

“Malah, taman yang terdapat di hujung pintu gua tersebut juga sangat cantik yang memberi 1,001 ketenangan dan kedamaian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya