Survival Melayu digugat sistem korupsi

Survival Melayu digugat sistem korupsi

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan tetamu yang menghadiri di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Survival Melayu di dalam negara ini digugat oleh sistem korupsi yang terbentuk disebabkan sifat tamat pemimpin dan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang menggugat atau menenggelamkan bukan pertembungan perniagaan antara kaum tetapi sistem itu sendiri.

Kata beliau, semua pihak perlu bersatu dalam berdepan dengan sistem tersebut supaya ia boleh diubah dan kesejahteraannya dinikmati semua sebagai rakyat Malaysia.

“Ia bukannya dicabar oleh ahli perniagaan Melayu, Cina atau India. Mahupun ahli perniagaan daripada Sabah dan Sarawak. Ia digugat oleh sistem yang korup, pemimpin negara yang tamak. Jadi kita perlu bersama bagi memastikan kita selamatkan negara.

“Kita bukan bercakap tentang survival individu, parti politik mahupun kerajaan tetapi ini tentang negara untuk semua rakyat Malaysia,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.