Siti Nurhaliza terima sorakan gemuruh, fasih lagu berbahasa Tamil - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza terima sorakan gemuruh, fasih lagu berbahasa Tamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mencuri tumpuan menerusi penampilan istimewanya pada AR Rahman Secret Of Success Live In Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Penyanyi nombor satu negara itu menerima sorakan gemuruh ketika mendedangkan sebuah lagu berbahasa Tamil, Munbe Vaa yang dipopularkan penyanyi kelahiran India, Shreya Ghoshal.

Siti menyampaikan lagu tersebut bersama vokalis ternama India, Haricharan Seshadri.

Penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu dalam ucapannya meluahkan rasa teruja kerana berpeluang berkongsi pentas dengan AR Rahman.

“Saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang berkongsi pentas dengan penyanyi bertaraf legenda ini.

“Saya akan cuba menyampaikan lagu ini dengan sebaik yang mungkin,” katanya.

Kira-kira 60,000 penonton hadir memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan AR Rahman beraksi secara live, malam tadi.

Turut hadir adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.