Simpan dadah RM206,000 dalam bilik simpanan alat pemadam api

Simpan dadah bernilai RM206,000 dalam bilik simpanan alat pemadam api

DADAH jenis heroin dan ganja seberat 17 kilogram yang dianggarkan bernilai RM206,000 dirampas susulan penahanan lima lelaki di sekitar ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan dua sindiket pengedaran dadah di ibu negara tumpas dengan penahanan lima lelaki tempatan dalam serbuan sejak Rabu lalu sehingga semalam.

Dalam serbuan berkenaan, turut dirampas iaitu dadah jenis heroin dan ganja seberat 17 kilogram yang dianggarkan bernilai RM206,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua mereka ditahan berusia lingkungan 29 hingga 34 tahun.

AZMI ABU KASSIM

Azmi berkata, menerusi operasi pertama yang dijalankan kelmarin, Azmi berkata, empat lelaki diberkas di Taman Cannaught, Cheras dekat sini.

Kata beliau, turut ditemukan heroin seberat 12.3 kilogram dianggarkan bernilai RM191,000 di dalam sebuah kereta di taman permainan kanak-kanak berhampiran.

“Operasi kedua telah dijalankan keesokannya yang mana seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di tepi Jalan San Peng kira-kira pukul 12 tengah hari dan merampas ganja seberat sekilogram.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penemuan ganja seberat lima kilogram di sebuah bilik simpanan alat pemadam api bomba di sebuah perumahan awam di jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, tiga daripada suspek yang ditahan, positif dadah jenis ganja dan kesemua mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Katanya, sindiket berkenaan aktif sejak tiga bulan yang lepas dan menjadikan kenderaan serta bilik simpanan alat pemadam api sebagai stor dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Semua dadah yang dirampas diperoleh daripada pembekal di sekitar Lembah Klang dan dipercayai untuk pasaran di Kuala Lumpur.

“Polis turut merampas barang kemas bernilai RM15,000, wang tunai RM870 dan Toyota Camry bernilai RM40,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM261,870,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata beliau, kesemua suspek direman sehingga 1 Feb depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya