Selangor catat kes tiga angka Covid-19, 3 kes import

Selangor catat kes tiga angka Covid-19, 3 kes import

KERAJAAN disaran menangguhkan kemasukan pelancong China ke negara ini bagi membendung risiko penularan baharu Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 420 kes dengan tiga kes import.

Jumlah terbabit lebih rendah berbanding kelmarin yang merekodkan sebanyak 538 kes sekali gus diatasi 547 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 20,253 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,027,097 kes.

Bagi kes positif baharu, Selangor sahaja yang menjadi negeri tertinggi dengan mencatatkan kes tiga angka iaitu 139 kes.

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula iaitu Kuala Lumpur (55), Pulau Pinang (46), Melaka (31), Sarawak (26), Kedah (25), Perak (23), Sabah (14), Johor (13), Kelantan (13) dan Negeri Sembilan (11).

Selain itu, empat lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Pahang, lapan kes; Putrajaya, lapan kes; Terengganu, tujuh kes dan Labuan, satu kes, manakala hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 189 orang berbanding kelmarin, 226 orang dan kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 30 kes berbanding jumlah kelmarin, 39 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, 19 kes.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan empat kes kematian Covid-19, berbanding jumlah kelmarin, satu kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,857 kes.

Tiada kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,852 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.