Saya, suami baik-baik sahaja - Wany Hasrita - Utusan Malaysia

Saya, suami baik-baik sahaja – Wany Hasrita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah, saya dan suami baik-baik sahaja. Terima kasih kerana bertanya.”

Itu jawapan tenang, penyanyi, Wany Hasrita apabila menerima soalan daripada seorang pengikut di media sosial yang bertanyakan status hubungannya dengan suami, lantaran kurang memuat naik gambar bersama.

Jelas Wany, setiap individu mempunyai pilihan untuk berkongsi atau tidak perihal rumah tangga dan keluarga di media sosial.

“Sila normalkan, jarang berkongsi gambar suami, isteri atau keluarga di media sosial adalah perkara biasa. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka kongsi, ada yang suka simpan dan ada yang jarang-jarang.

“Kita raikan semua pilihan. Apapun, terima kasih bertanya. Kasihan suami saya tengah kerja nun jauh di Kapit (Sarawak) demi mencari rezeki halal,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Sebelum ini, penyanyi Menahan Rindu itu dalam satu temu bual berkata, dia sedang menyesuaikan diri dengan hubungan jarak jauh dan tidak menolak kemungkinan akan bermastautin di Sarawak nanti.

“Saya masih menyesuaikan diri. Dulu, ingat senang hubungan jarak jauh. Bila sudah jadi suami isteri, baru tahu sukarnya menahan rindu. Tetapi, insya-Allah, saya dan suami okay sahaja. Saling belajar.

“Sekarang, dialah ‘rumah’ saya. Bila ada kelapangan masa, saya akan turun ke Kuching atau dia yang akan ke Kuala Lumpur. Kami kena pandai susun masa dan apabila dapat bertemu, saya memang tidak sentuh telefon langsung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.