Rumah mangsa banjir Kampung Iboi, empat siap, 12 sedang dibina

Rumah mangsa banjir Kampung Iboi, empat siap, 12 sedang dibina

RUMAH -umah mangsa banjir yang masih dalam pembinaan di Kampung Keda Sadik, Kupang, Baling Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebanyak empat daripada 12 unit rumah baharu untuk mangsa insiden kepala air Kampung Iboi, Kupang pada 4 Julai tahun lalu sudah siap dibina manakala bakinya dijangka disiapkan pada bulan hadapan seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Penghulu Mukim Kupang, Badrulhisham Che Li berkata, rumah-rumah berkenaan sepatutnya disiapkan pada Disember lalu tetapi faktor cuaca terutama hujan lebat yang kerap sehingga menyebabkan banjir di tapak pembinaan telah mengakibatkan projek itu tergendala beberapa kali.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, usaha menambak tanah juga dilakukan di kawasan yang dinaiki air itu agar lebih tinggi bagi mengelakkan banjir berlaku lagi serta memudahkan urusan pembinaan rumah.

“Sebanyak lima buah unit daripada 12 unit rumah tersebut di kawasan Kampung Keda Sadek, Kupang, telah dinaikkan bata dan proses pembinaan te­lah capai 65 peratus, manakala bakinya itu telah dipacakkan tiang.

“Rumah yang dibina lebih awal itu telah siap sebanyak empat unit dan telah diduduki oleh empat keluarga mangsa banjir, manakala dua unit lagi telah siap dalam 80 peratus, cuma perlukan melakukan kerja-kerja persiapan akhir sahaja,’’ kata­nya.

Sementara itu, penerima rumah, Mohamad Danial Azlan Idris, 27, berkata, mereka mula menduduki rumah tersebut sejak semalam.

“Saya dan isteri, Sofiah Abdullah, dan dua anak berasa gembira dapat menduduki rumah baharu setelah rumah yang mereka diami sebelum ini rosak teruk akibat banjir kepala air itu,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya