Rimaslah jawab pasal kahwin - Shuib

Rimaslah jawab pasal kahwin – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAIKAN tiada berkesudahan, meskipun sudah berpuluh kali pelawak dan usahawan, Shuib menafikan dakwaan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat.  Namun, tetap ada sahaja khabar angin bertiup mengenai perkara itu.

Sudah hampir siap persiapan, Februari naik pelamin adalah antara dakwaan yang sedang berlegar kencang.

Sudah berbuih mulut Shuib menolak dakwaan, namun ada segelintir masih tidak berpuas hati.

Apakah tiada ruang langsung untuk Shuib mengecap bahagia selepas hampir dua tahun pemergian isteri tersayang? Itu persoalan yang mungkin ada dalam fikirannya.

Jawablah mendapatkan Shuib. Benarkah dia rimas diasak dengan soalan sama berulang kali? Jawablah Shuib.

Memasuki tahun baharu, apa azam Shuib untuk 2023? Ada perancangan besar yang sedang giat diusahakan?

Pandai susun ayat. Perancangan apa? Perancangan hidup setakat ini, Alhamdulillah. Tiga tahun sebelum ini saya melalui pelbagai kontroversi dan dugaan yang cukup hebat untuk saya hadap.

Tahun lalu, saya benar-benar ditekan dari semua arah; emosi, ekonomi dan kontroversi. Tahun ini, saya mahu mencari bahagia.

Banyak perkara yang kita capai dalam hidup, tetapi bahagia paling susah diraih dan ia cukup bernilai.

Mencari bahagia seolah-olah seperti memberi bayangan sesuatu sahaja?

Tidak ada bayangan apa-apa pun. Kebahagiaan itu subjektif. Bukan bermaksud perlu ada pasangan, baru
bahagia itu hadir.

Buat masa ini, kebahagiaan anak-anak adalah tujuan hidup saya. Bahagia mereka, bahagialah saya.

Lingkungan kawan-kawan saya juga tidak besar. Bila pelbagai ujian datang menimpa, saya kenal siapa kawan sejati. Apabila kita berdepan dugaan, ketiadaan kawan sangat memedihkan.

Adakah kenyataan ini merujuk kepada beberapa kontroversi melibatkan Shuib dan rakan-rakan artis sebelum ini?

Rakan industri seni, tidak sangat. Saya baik dengan semua orang. Cuma, dalam dunia perniagaan, banyak yang saya lalui.

Bukan mudah untuk berniaga, tetapi saya kena jalan terus. Jatuh memang senang, namun untuk bangun semula cukup payah.

Shuib sering kali diasak soalan tentang perkahwinan. Banyak kali juga Shuib menafikan. Tetapi, ada sahaja dakwaan mengaitkan Shuib dan nasi minyak. Rimas?

Nak jujur ke? Kalau jujur, memang rimas juga. Kadang-kadang soalan itu agak sensitif. Bila jumpa terus tanya, sudah ada pengganti ke? Sudah mahu kahwin ke? Bukan sahaja peminat dan rakan wartawan, tetapi juga dalam kalangan kawan-kawan.

Bila soalan itu diajukan, kadang-kadang saya tertanya-tanya apa yang mereka ambil beratkan? Kesedihan saya? Kegembiraan saya atau sekadar mahu tahu jawapan tentang perkahwinan?

Ia bergantung kepada intonasi pertanyaan. Ada yang berbunyi sinis, sekadar mahu memerli. Ada juga yang ikhlas bertanya, sekadar mahukan penjelasan. Tetapi, ada kala memang rimas.

Anak-anak Shuib bagaimana? Ada yang sudah bersekolah, bagaimana penerimaan mereka?

Anak-anak, Alhamdulillah. Saya memang selalu luang masa dengan mereka. Ada momen yang buat saya tidak sabar untuk melihat mereka besar. Banyak perkara seronok yang akan datang memeluk kami.

Tetapi, pada masa sama, kalau arwah Sarah ada, mesti dia paling teruja mendaftar anak ke sekolah. Dulu, dia selalu kongsi keterujaan beli baju sekolah, kasut, tetapi sekarang semuanya saya buat sendiri.

Anak-anak juga sangat baik. Tidak pernah gaduh, malah taat cakap bapa dan keluarga. Saya selalu percaya, keluarga yang bahagia bermula dengan kasih sayang yang melimpah dalam diri mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya