Rempuh kedai makan gara-gara tersilap tekan pedal minyak - Utusan Malaysia

Rempuh kedai makan gara-gara tersilap tekan pedal minyak

KEADAAN sebuah kedai makan yang dirempuh oleh kereta Honda Jazz dalam kejadian di Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Gara-gara tersalah menekan pedal minyak yang disangka brek, seorang kakitangan sebuah klinik kesihatan nyaris cedera selepas kereta yang dipandunya terlanggar tiang dan merempuh sebuah kedai makan di Jalan Besar di sini, semalam.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika pemandu terbabit iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan berhenti untuk membeli makanan di kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata, meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, kereta jenis Honda Jazz yang dipandu lelaki itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Katanya, siasatan awal dan rakaman percakapan daripada lelaki terbabit mendapati dia memang berhenti di kedai makan tersebut untuk membeli makanan.

“Bagaimanapun, pengadu mendakwa dia secara tiba-tiba terkena mini strok dan kakinya menjadi kebas.

“Pengadu kemudian secara tidak sengaja tertekan pedal minyak lalu terlanggar bahagian hadapan kedai makan itu yang turut mengalami kerosakan akibat kemalangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Chong Chern, ketika kejadian, permukaan jalan yang terletak di simpang tiga dan diturap dengan tar itu rata, kering serta lurus.

Dalam pada itu, difahamkan, terdapat beberapa pelanggan masih berada di kedai makan tersebut ketika kejadian.

Bagaimanapun, kesemua mereka juga dikatakan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya