Remaja maut, motosikal rempuh kerbau

Remaja maut, motosikal rempuh kerbau

KEADAAN motosikal mangsa selepas merempuh kerbau di di Jalan Dengkil - Air Hitam, Selangor. - GAMBAR IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor kerbau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 1.44 pagi di Jalan Dengkil – Air Hitam itu, mangsa yang dikenali Muhammad Jakfar Dani Johari, 16, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan pulang seorang diri ke rumah di Taman Dengkil Jaya.

Beliau berkata, mangsa difahamkan gagal mengelak seekor kerbau yang melintas jalan.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tidak mempunyai lesen memandu sah dan memakai topi keledar ketika kejadian.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan keluhan penduduk sekitar Dengkil susulan kehadiran lembu dan kerbau tanpa tuan khususnya di atas jalan raya yang dilihat boleh mencetuskan kemalangan.

Lebih teruk, ternakan itu dibiarkan berkeliaran di atas jalan raya pada waktu malam sehingga menyebabkan kemalangan.

Penduduk mendakwa, lembu berkenaan dibiar tanpa pengawasan dan bebas bergerak di kawasan Dengkil, Kampung Ahmad Razali dan Jenderam, Dengkil.

Pada minggu lalu, kereta seorang penduduk rosak teruk selepas merempuh tiga ekor lembu yang berada di jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.