RCI ditubuh siasat dakwaan dalam buku tulisan Tommy Thomas

RCI ditubuh siasat dakwaan dalam buku tulisan Tommy Thomas

tommy thomas
TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti dakwaan dalam buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RCI itu diputuskan selepas meneliti syor-syor dikemukakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Siasatan buku berkenaan, Datuk Seri Fong Joo Chung.

Beliau berkata, penubuhan RCI ini selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan memandang serius terhadap dakwaan yang melibatkan pelanggaran tanggungjawab profesional suatu jawatan tertinggi.

“Hal ini kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan dan institusi kerajaan.

“Oleh itu, cadangan Terma Tauliah RCI ini akan mempunyai skop lebih luas dan tidak terhad kepada syor-syor yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas (PPK),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, RCI ini bertujuan mencari kebenaran serta mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tertentu.

Jelasnya lagi, Terma Tauliah yang terperinci, keahlian dan tempoh RCI ini akan dicadangkan kemudian oleh kerajaan.

Berdasarkan siasatan yang dibuat PPK sebelum ini, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional; serta kenyataan berbaur hasutan.

Pada 30 September tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh Tommy berdasarkan dakwaan dikemukakan dalam buku berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya