Ramai pemimpin politik bakal sertai Pas, PN - Utusan Malaysia

Ramai pemimpin politik bakal sertai Pas, PN

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, kiri) menyatakan sesuatu kepada peserta Seminar on Technology And The Future Growth: Challenges of Change di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan terdapat pemimpin politik daripada parti tertentu menyatakan hasrat menyertai Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi.

Beliau berkata, setakat ini, rundingan antara Pas dan PN bersama pemimpin terbabit sedang berjalan serta perinciannya masih dalam penelitian.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau enggan memaklumkan pemimpin politik yang mengadakan rundingan untuk berhijrah kepada Pas dan PN.

“Memang ada perundingan dengan ramai individu (pemimpin) dan kita sedang menilai perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa.

“Apabila nama-nama ini dikenal pasti dan disahkan, pengumuman (kemasukan dalam PN) akan dibuat mengikut keperluan.

“Ada juga yang minta kita buat majlis pengumuman secara besar-besaran tapi kita nak tengok dulu bagaimana ia akan mencetuskan atau mewujudkan gelombang (dalam politik negara),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kesediaan PN untuk menerima bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sekiranya dipecat oleh UMNO.

Terdahulu, Ahmad Samsuri merasmikan seminar ‘Technology And The Future Growth: Challenges of Change’ di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menegaskan, Pas dan PN terbuka menerima penyertaan pemimpin-pemimpin politik daripada parti-parti lain dan tidak terhad kepada Khairy sahaja.

“Kita sangat terbuka untuk lihat negara kita ini melahirkan lebih ramai pemimpin, bukan sahaja dalam kalangan orang muda sahaja, bahkan mereka yang berusia kerana tanggungjawab membina negara adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira had umur.

“Bukan setakat pemimpin, orang pertengahan, malah kepada rakyat awam sendiri yang ingin bersama PN pun kita sangat mengalu-alukan bak kata pepatah ‘kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan’,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur semalam dipercayai menyentuh tindakan yang bakal dikenakan terhadap bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Difahamkan perbincangan itu hanya membabitkan pengurusan Lembaga Disiplin UMNO dan hasilnya akan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.