‘Rakyat bergelut, PN mahu rebut kuasa dengan pintu belakang’

‘Rakyat bergelut, PN mahu rebut kuasa dengan pintu belakang’

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) diminta menumpukan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berkesan terutama dalam situasi rakyat yang masih bergelut untuk meneruskan kehidupan, bukannya mahu berkuasa melalui pintu belakang. 

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Ahli Parlimen Larut itu seharusnya menumpukan peranan menjadi pembangkang yang berkesan dan tidak sewajarnya mengambil apa-apa tindakan untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini. 

“Hamzah Zainuddin (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin) masih tidak dapat terima hakikat penubuhan kerajaan perpaduan. Sebaliknya beliau mahu teruskan usaha menebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana Langkah Sheraton dahulu.

“Tumpukan menjadi pembangkang yang berkesan. Rakyat bergelut untuk keluar dari pandemik, inflasi dan banyak masalah lain ketika mana PN masih mahu merebut kuasa melalui pintu belakang,” ciapnya di Twitter.

Ia susulan kenyataan Hamzah semalam yang menyifatkan ‘pintu sentiasa terbuka’ ketika ditanya mengenai kemungkinan PN boleh kembali berkuasa menerusi kerjasama baharu.

LIM KIT SIANG

Dalam pada itu, veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bertoleransi terhadap politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman dan keagamaan yang berasaskan fitnah serta mampu merosakkan kerajaan serta masyarakat majmuk di negara ini. 

Beliau berkata, ini kerana kenyataan Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN itu adalah satu peringatan bahawa beliau tidak mengetepikan kemungkinan untuk PN kembali berkuasa. 

Katanya, Hamzah juga perlu dibuktikan salah, termasuk menyatakan yang PN mampu merampas Selangor dan mempunyai peluang sama banyak di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

“Kerajaan perpaduan Anwar perlu merangka strategi untuk enam pilihan raya negeri untuk menyampaikan mesej bahawa tidak wujud fenomena ‘gelombang hijau’ dalam politik Malaysia. 

“Sebaliknya, kita mahu enam pilihan raya negeri ini untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan perpaduan Anwar untuk lima tahun yang akan datang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya