Puteri Sarah fail cerai Isnin ini - Utusan Malaysia

Puteri Sarah fail cerai Isnin ini

puteri sarah
PUTERI SARAH LIYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof memasuki fasa baharu apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini, Isnin ini.

Permohonan untuk bercerai itu sepatutnya difailkan hari ini namun ditangguhkan ke minggu depan.

Menurut Instagram Puteri Sarah, ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.

Menjawab pertanyaan sama ada Puteri Sarah akan hadir pada pemfailan permohonan cerai itu, Akberdin menjawab: “Pasti hadir”.

Pada 10 Januari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana beliau tidak rela dimadukan.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya ringkas di laman sosial terbabit.

Syamsul pula dalam satu temu bual media berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah malah meminta isteri pertamanya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.