Pulau tiada unsur lucah, tidak wajar dikaji semula - PFM - Utusan Malaysia

Pulau tiada unsur lucah, tidak wajar dikaji semula – PFM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) berpendapat, kelulusan tayangan filem Pulau tidak wajar dikaji semula kerana tiada unsur lucah atau adegan tidak senonoh yang boleh meruntuhkan moral dalam filem tersebut.

Presidennya, Pansha berkata, pihaknya mewakili Industri Perfileman Tempatan melalui Jawatankuasa Skim Wajib Tayang (SWT) FINAS telah melaksanakan pra-tonton filem tersebut selepas penerbit mendapat kelulusan rasmi dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.

“Kami berasakan tidak ada adegan panas dan lucah yang tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia secara amnya.

“Sekiranya hendak dibandingkan, kandungan lebih lucah atau panas lebih mudah dicapai melalui platform Over The Top (OTT), media sosial atau internet secara terbuka tanpa sekatan yang ditonton tanpa mengira umur.

“Jawatankuasa Skim Wajib Tayang FINAS juga sudah meluluskan tarikh tayangan umum di pawagam pada 9 Mac depan. Tidak wajar kelulusan itu dikaji semula,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pansha juga percaya kepada tahap profesionalisme Jawatankuasa LPF yang telah memberi kelulusan terhadap filem tersebut.

“Kami yakin dan percaya tahap profesionalisme Jawatankuasa LPF yang telah memberi kelulusan terhadap filem Pulau dengan sewajarnya dan mohon tidak perlu dikaji semula,” ujarnya.

Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak apabila dikatakan mengandungi babak lucah dan panas yang tidak sesuai untuk tontonan masyarakat Malaysia.

Malah, pelbagai pihak juga menggesa Lembaga Penapis Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu.

Filem menampilkan gandingan pelakon seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron dan Wan Hanafi Su mengisahkan percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berdepan kisah mistik menyeramkan dengan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya