Projek SOHO boleh jejas 500,000 pengguna LRT

Projek SOHO boleh jejas 500,000 pengguna LRT

Pemilik pas OKU Smile akan menikmati tambang percuma apabila menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Prasarana mulai Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembinaan projek Menara SOHO di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 500,000 pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) terjejas ekoran berlaku kerosakan struktur jejambat berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Kerosakan itu menjejaskan pengguna harian yang menggunakan perkhidmatan LRT kedua paling sibuk dalam negara iaitu Laluan Ampang-Sri Petaling yang membabitkan 36 stesen.

Pembinaan projek Cadangan Membina Satu Blok 44 Tingkat Menara SOHO (326 unit) dengan satu basemen di Lot PT 163 itu dipercayai telah menyebabkan kerosakan struktur jejambat berhampiran stesen LRT tersebut pada Jumaat lalu.

Berikutan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada Tetuan Persekutuan Seruan Islam (Jam’iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu pemilik projek tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, arahan berhenti kerja tersebut susulan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang Jumaat lalu.

Beliau berkata, keputusan itu hasil daripada mesyuarat Sabtu lalu bersama wakil Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan beberapa jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Perancangan Infrastruktur, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan serta Jabatan Perancangan Korporat.

“Arahan memberhentikan kerja serta-merta ini sebagai langkah keselamatan bagi memastikan APAD dan agensi berkaitan dapat menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca gangguan yang berlaku baru-baru ini.

“Untuk rekod, projek tersebut kini hanya di peringkat awalan iaitu melibatkan kerja-kerja tanah di luar dari kawasan zon 1 dan zon 2,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, DBKL menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan melibatkan pihak APAD dan Prasarana bagi mendapatkan pandangan mereka khususnya apabila terdapat permohonan pembangunan yang terletak dalam atau berhampiran dengan zon keselamatan kereta api.

Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, pemerhatian awal mendapati kelewatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Jumaat lalu disebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya akibat kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.

Perkhidmatan LRT laluan itu terpaksa dijalankan dengan kelajuan berkurangan dan menyebabkan kelewatan yang panjang sebanyak sembilan minit di dalam daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar daerah perniagaan

Tren-tren daripada Putra Heights terpaksa berpatah balik di Plaza Rakyat manakala, tren-tren daripada Sentul Timur berpatah balik di Stesen Bandaraya dan perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik antara Stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

Masalah berkaitan LRT itu bukanlah kali pertama atau kedua berlaku, malah berulang kali terjadi hampir setiap bulan sejak tahun lalu.

Untuk rekod, pada 9 November 2022, Rapid KL mengumumkan penutupan LRT Laluan Kelana Jaya dari Stesen Ampang Park sehingga Stesen Kelana Jaya selama seminggu berikutan gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN