PRN sepatutnya diadakan serentak - Kon Yeow - Utusan Malaysia

PRN sepatutnya diadakan serentak – Kon Yeow

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri sepatutnya diadakan serentak bagi menjimatkan kos dan masa rakyat.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini pihaknya telah menyuarakan pandangan yang mana PRN itu lebih sesuai diadakan antara bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini.

“Kita telah cakap banyak kali, dan tetap berpegang bahawa PRN sesuai diadakan antara Mei, Jun, atau Julai.

”Kita juga lebih suka sekiranya semua negeri mengadakan PRN serentak, jika ia tidak diadakan serentak lebih banyak wang akan digunakan untuk PRN dan ini bermakna kos untuk PRN akan lebih tinggi,” katanya di sini hari ini.

Kon Yeow mengulas mengenai pendirian Pas yang dikatakan akan menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan di peringkat kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat keputusan mengenai masa sesuai untuk diadakan PRN.

Pada PRU-15, enam negeri iaitu Kedah; Pulau Pinang; Selangor; Negeri Sembilan; Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh kelak.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Pas memilih untuk mengadakan PRN secara berasingan, pihaknya juga tidak mempunyai pilihan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya