PRN: Rundingan agihan kerusi PN sebelum Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

PRN: Rundingan agihan kerusi PN sebelum Tahun Baharu Cina

DOMINIC Lau (kanan) dalam sidang akhbar mengenai isu-isu semasa di Pejabat Gerakan Pulau Pinang, Jalan Macalister, George Town hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) akan menjalankan rundingan pengagihan kerusi bersama parti-parti komponen gabungan itu bagi berdepan pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri sebelum Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, rundingan pengagihan kerusi itu penting kerana persiapan dan gerak kerja perlu dijalankan oleh jentera parti komponen PN bagi menghadapi saingan PRN berkenaan.

“Pada masa ini kita ke arah persediaan untuk menghadapi PRN, setiap bulan kita adakan mesyuarat di enam negeri ini sebanyak dua kali, mesyuarat mengenai rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan sebelum Tahun Baharu Cina.

”Berdasarkan pengalaman dalam pilihan raya sebelum ini, rundingan mengenai soal-soal PRN termasuk agihan kerusi ini juga akan dijalankan secara berterusan sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum ini enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN mesti diadakan selepas DUN di enam negeri itu dibubarkan atau terbubar dengan sendirinya.

Menurut Dominic, pihaknya menjangkakan tempoh paling sesuai untuk PRN diadakan adalah selepas Hari Raya Aidilfitri ,namun tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri masing-masing.

”Jangkaan kita PRN adalah pada bulan Mei, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri, namun ia adalah jangkaan semata-mata, kuasa terletak pada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dominic yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang berkata, beliau akan mengetuai jawatankuasa persediaan untuk menghadapi PRN di negeri itu.

”PN akan bertanding dan memberi fokus di kesemua 40 kerusi DUN Pulau Pinang, berapa agihan kerusi antara parti komponen PN akan diputuskan nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dominic yang juga Presiden Gerakan berkata, kerajaan negeri perlu meneliti semula
Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 yang dilihat tidak realistik dan tidak komprehensif dengan keadaan semasa di negeri itu.

”Kami mahu kerajaan negeri teliti semula draf ini, jangan jatuhkan maruah rakyat Pulau Pinang dengan hasilkan satu draf yang tidak realistik dan tidak komprehensif.

“Banyak perkara didalam draf ini seperti melibatkan pelancongan perubatan, isu rumah mampu milik perlu diteliti semula kerana banyak kelemahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya