Polis bongkar sindiket jual cecair vape berperisa ganja

Polis bongkar sindiket jual cecair vape berperisa ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membongkar kegiatan sindiket menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau ‘vape’ selepas empat daripada ahli sindiket ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, di sini semalam.

Hasil serbuan kira-kira pukul 9.45 malam itu menemukan dadah jenis ganja seberat 494 gram (g), dan cecair ganja sebanyak 3,496 milliliter (ml).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, sindiket memproses cecair ganja berkenaan untuk dijadikan cecair vape berperisa ganja dan dijual dalam botol bersaiz 5ml pada harga RM60 sebotol.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan boleh dibekalkan kepada 2,242 pengguna dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

“Hasil soal siasat yang dilakukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berjaya menahan seramai tujuh lagi suspek dalam serbuan kedua di sekitar ibu negara.

“Hasil ujian saringan awal urin terhadap semua suspek berkenaan mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis kanabis (THC), methamphetamine dan amphetamine,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti saki-baki sindiket, modus operandi dan dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh.

“Kesemua suspek terdiri dari lelaki tempatan berusia 19 tahun hingga 28 tahun ditahan reman antara dua hingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan rampasan dadah ini bolehlah menyalurkanya di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.