PN punca MN ‘terbelah’ - Utusan Malaysia

PN punca MN ‘terbelah’

Pas tidak pernah ajak Bersatu bincang mengenai mengembalikan semula Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalinan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas ‘terbelah’ disebabkan tindakan pihak-pihak tertentu menjalin hubungan dalam diam untuk pembentukan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, semua pemimpin Pas dan UMNO tahu dan bersetuju untuk tidak mengambil keputusan tergesa-gesa mendaftarkan MN mahupun PN dalam mesyuarat jawatankuasa induk dahulu.

Walau bagaimanapun jelas beliau, terdapat ‘pihak’ menandatangani surat bagi pihak parti bersetuju menubuhkan PN tanpa diketahui oleh pimpinan parti yang lain termasuk Timbalan dan dua Naib Presiden serta MSU.

“Setelah pecah dan bocor barulah diperakui dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas Pusat dalam keadaan marah-marah. Itulah permulaan kepada perpecahan antara Pas dan UMNO dalam MN selepas nama ahli dua parti disatukan dengan penuh kegembiraan serta ketulusan penyokong.

“Ada soalan yang wajar juga ditanya, bila kelulusan penglibatan dengan PN dibawa ke mesyuarat MSU atau ke Muktamar?” Soalnya melalui satu hantaran di Facebook.

Mohd. Khairuddin mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan Utusan Malaysia bagi menafikan partinya merancang untuk ‘membunuh’ UMNO kerana sebaliknya azam parti adalah mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam dan orang Melayu.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa Pas ingin membunuh UMNO dalam politik negara ini dan pada masa yang sama menganggap DAP ikhlas terhadap UMNO.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, terdapat pihak yang tanpa henti memberi persepsi bahawa UMNO enggan menjalin atau meneruskan kerjasama dengan Pas.

“Saya perlu berikan kesaksian saya sebagai ahli mesyuarat dan Ahli Jawatankuasa serta ahli MSU yang terlibat dengan semua rundingan dengan MN sama ada di peringkat perbincangan kerusi dan sebagainya.

“Saya sendiri masih konsisten mahukan Pas dan UMNO kembali disatukan di bawah satu payung yang boleh mencantumkan semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya