PM ucap takziah pada keluarga Ramesh Rao - Utusan Malaysia

PM ucap takziah pada keluarga Ramesh Rao

RAMESH RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Datuk Seri Ramesh Rao yang juga Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Tambun itu turut mendoakan urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan tabah menghadapi kehilangan.

“Takziah buat keluarga mendiang Ramesh Rao. Semoga dipermudahkan urusan keluarga, doakan keluarga tabah,” ciapnya di laman Twitter.

Terdahulu media melaporkan, Ramesh Rao meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya dan difahamkan akibat daripada serangan jantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN