PKS diberi tumpuan dalam Bajet 2023 - PM

PKS diberi tumpuan dalam Bajet 2023 – PM

ANWAR Ibrahim berucap pada majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi tumpuan dalam pembentangan semula Bajet 2023  bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan itu diambil selepas banyak peniaga mengalami kerugian besar dan gulung tikar sepanjang dua tahun Malaysia menghadapi pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, tumpuan kepada sektor itu dalam belanjawan nanti melibatkan dari sudut teknologi, perkhidmatan dan industri agro di negara ini.

“Malaysia ini unik, kekuatan ekonomi terbesar (mewakili) konglomerat adalah kecil, (manakala) PKS besar.

“Dalam belanjawan 24 Februari ini, saya akan beri keutamaan, supaya PKS akan ditingkatkan kerana sudah dua tahun Covid-19 dan menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan terpanjang di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya