Pihak pertikai khidmat pakar HDB Singapura hipokrit - Utusan Malaysia

Pihak pertikai khidmat pakar HDB Singapura hipokrit

NGA Kor Ming (tengah) bersama penerima kunci rumah Residensi Kepayang pada program di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan yang mahu menggunakan khidmat pakar perunding daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)  disifatkan sebagai hipokrit.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihak itu sendiri yang membuat lawatan ke Singapura untuk belajar daripada HDB di negara itu.

Menurutnya, namun pihak berkenaan gagal untuk belajar daripada HDB Sungapura.

“Sebenarnya pihak yang membangkitkan isu ini adalah hipokrit kerana merekalah yang membuat lawatan ke Singapura untuk belajar daripada HDB, tapi mereka gagal untuk belajar, tapi apabila kita nak belajar, mereka buat pula komen-komen yang tidak senonoh.

“Ini menunjukkan mereka sebenarnya bersikap double standard dan ini sepatutnya tidak wujud.

“Bagi saya, perkara yang penting saya yakin pegawai-pegawai kementerian kita ada kepakaran sendiri, tapi kita juga ada kelemahan yang boleh diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis penyerahan kunci Residensi Kepayang di sini hari ini.

Menurutnya, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam apa jua bidang dengan negara lain sentiasa dialu-alukan malah Malaysia dan Singapura bukan sahaja negara berjiran tetapi dua negara itu juga dalam komuniti Asean.

Beliau berkata, jadi adalah sangat penting semangat Asean dipupuk dan juga mempelajari antara satu sama lain.

Katanya, malah sejak tahun 1970-an lagi Malaysia banyak mengadakan kerjasama menerusi kerjasama  ‘government to government’ bukan sahaja bersama Singapura tetapi juga dengan Thailand dan Indonesia.

“Bukan saja dengan Singapura, kerajaan pernah ambil konsultan dari Australia, dari Eropah, dari Amerika Syarikat malahan tahun ini merupakan ulang tahun ke-41 Dasar Pandang Ke timur, kita belajar dari Jepun.

“Jika kita boleh belajar dari Jepun, mengapa tak boleh belajar daripada Singapura? Yang penting kerjasama ini membawa manfaat kepada rakyat kerana HDB Singapura diiktiraf salah satu yang terbaik di dunia, jadi tak ada salahnya,” katanya.

Sebelum ini, Kor Ming mengumumkan kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.

Langkah itu adalah antara komitmen untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain.

Keputusan itu dipertikaikan beberapa pihak yang mendakwa bimbang kerjasama itu akan menyebabkan pemilikan hartanah terutamanya dalam kaum Melayu semakin mengecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.