Piala AFF bakal diiktiraf FIFA?

Piala AFF bakal diiktiraf FIFA?

INFANTINO hadir menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF di Bangkok, Thailand semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino pada aksi final kedua Piala AFF 2022 di Bangkok, semalam menarik perhatian banyak pihak.

Kehadiran Infantino mengejutkan banyak pihak kerana kejohanan itu tidak berada dalam kalendar FIFA selain dia diberi penghormatan untuk menyerahkan trofi kepada kapten Thailand, Theerathon Bunmathan.

Kemunculannya pada perlawanan akhir kedua Piala AFF 2022 itu turut menimbulkan persoalan adakah ada sinar untuk kejohanan berkenaan diletakkan dalam kalendar FIFA pada masa akan datang.

Sekiranya perkara itu berlaku, ia bakal memberikan nilai tambah kepada pasukan bertanding untuk menghantar skuad yang terbaik, sekali gus membentuk kejohanan yang lebih kompetitif.

Sementara itu, Infantino turut kagum dengan perkembangan bola sepak di rantau ini selain turut mengakui Piala AFF sebagai kejohanan bola sepak antarabangsa utama di rantau ini.

“Piala AFF harus ditambahbaik untuk membenarkannya berada di dalam kalendar FIFA. Kita semua harus memastikan pertandingan ini akan terus berkembang dan berkembang lagi.

“Saya percaya jika semua pihak bekerjasama, Piala AFF akan menjadi pertandingan yang lebih besar dan meriah untuk ianya diiktiraf FIFA,” kata Infantino kepada media selepas tamat perlawanan tersebut.

Ketika ini, kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain yang dipanggil bagi mewakili negara pada kejohanan itu berikutan ia tidak berlangsung di dalam kalendar badan bola sepak dunia.

Malah, pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.

Ia reaksi balas Tunku Ismail yang mempertahankan tindakan pemain JDT yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.