Pertemuan bersama Anwar Ibrahim akan rungkai kemelut

Pertemuan bersama Anwar Ibrahim akan rungkai kemelut politik Sabah

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini dilihat akan merungkai senario politik yang ada di Sabah.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau hanya menunggu kedatangan Perdana Menteri untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada beliau akan turut bertemu dengan Perdana Menteri mahupun tidak.

“Kita akan cuba melihat keadaan, bagaimana (Perdana Menteri) membantu merungkai senario politik yang ada,” katanya semasa mengulas mengenai pertemuan bersama Perdana Menteri malam ini.

Mohd. Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna itu berkata, apa yang penting pada masa ini adalah melihat kestabilan keadaan yang ada di samping penyatuan rakyat dapat direalisasikan.

Perdana Menteri yang dijangka tiba di Sabah pada pukul 8 malam ini dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan Warisan pada malam ini.

Kemelut politik Sabah yang berterusan sehingga hari keempat memaksa Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi campur tangan bagi meleraikan persengketaan antara BN dan GRS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya