Perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya dihentikan susulan kebakaran - Utusan Malaysia

Perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya dihentikan susulan kebakaran

AKTIVITI perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang dihentikan serta-merta susulan kebakaran melibatkan lapan lot gerai awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kesemua aktiviti perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya, Jalan Perak, di sini yang melibatkan seramai 18 peniaga dihentikan serta-merta sehingga dimaklumkan kelak susulan kebakaran yang memusnahkan lapan lot gerai di situ awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pihaknya akan menyediakan tapak sementara kepada semua peniaga terlibat untuk menjalankan perniagaan.

”Dukacita dimaklumkan satu kejadian kebakaran telah berlaku di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak.

”Atas faktor keselamatan, semua aktiviti perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Bandaraya di Jalan Perak yang melibatkan seramai 18 peniaga dihentikan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, lapan lot gerai di astaka berkenaan musnah dalam kebakaran, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

Antara lot gerai yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu ialah kedai tomyam; kedai nasi campur; kedai minuman dan sebagainya.

Kenyataan itu memaklumkan, kebakaran itu telah mengakibatkan kemusnahan sebanyak 40 peratus melibatkan lapan lot gerai makanan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan akan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) dalam tempoh dua minggu.

”Orang awam adalah dinasihatkan tidak memasuki kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya