Perdaya urusan perkhidmatan pembersihan rumah tidak wujud menerusi FB - Utusan Malaysia

Perdaya urusan perkhidmatan pembersihan rumah tidak wujud menerusi FB

SUSPEK lelaki yang ditahan polis Pulau Pinang kerana disyaki memperdaya orang ramai dalam urusan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud melalui media sosial Facebook melibatkan kerugian lebih RM100,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki di Taman Mewah, Kemunting, Perak semalam kerana disyaki memperdaya mangsa dalam urusan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud melalui media sosial Facebook melibatkan kerugian sebanyak RM113,238.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek berusia 20-an itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah kenyataan itu, polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara atau Macau dan Love Scam serta parcel scam melalui media sosial.

”Pihak polis juga menyarankan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di aplikasi Google Play semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kenyataan itu berkata, polis turut menahan seorang wanita berusia 23 tahun kerana disyaki menjadi ejen jualan yang menjalankan urusan jual beli barang kemas yang tidak wujud melalui dalam talian.

”Tangkapan dilakukan di Taiping, Perak melibatkan kes yang dilaporkan pada 6 Februari 2022.

”Hasil semakan lanjut mendapati, suspek ialah ejen jualan yang berurusan dengan mangsa dalam urusan penjualan barangan kemas yang tidak wujud melalui dalam talian,” katanya.

Tambahnya, suspek juga telah membuat ugutan kepada mangsa untuk membatalkan pembelian dan semua wang pembayaran tidak akan dipulangkan jika mangsa tidak membuat pembayaran pada masa ditetapkan.

”Jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah RM39,600 dan kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.