Pembunuhan karekter PN, penyucian kluster mahkamah jadi tumpuan PH-BN - Utusan Malaysia

Pembunuhan karekter PN, penyucian kluster mahkamah jadi tumpuan PH-BN

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menilai pembunuhan karakter pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan penyucian imej kluster mahkamah akan menjadi keutamaan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini khususnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, karakter PN perlu dibunuh kerana gabungan parti itu adalah pesaing terbesar PH-BN.

Jelas beliau, PH memerlukan BN untuk menarik sokongan Melayu, justeru kedua-dua parti itu dilihat akan bekerjasama untuk menghasut dan membentuk persepsi rakyat seolah-olah PN rosak dan korupsi.

“Target utama PH-BN ialah keperibadian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keperibadian pemimpin-pemimpin kanan dalam PN.

“Ini kerana populariti dan keyakinan rakyat terhadap PN dan Muhyiddin terus kekal tinggi hingga ke hari ini.

“PH-BN akan buat apa saja untuk merosakkan kredibiliti Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin PN,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, pembunuhan karakter itu tidak perlu hingga ranap sepenuhnya kerana jika PH-BN boleh menghasut rakyat mengatakan Muhyiddin dan pemimpin PN sama sahaja dengan pemimpin mereka, maka itu juga akan dianggap sudah berjaya.

Dalam pada itu, tambahnya, penyucian imej kluster mahkamah pula akan dilakukan segera oleh PH-BN kerana mahu mempengaruhi persepsi rakyat dalam menghadapi PRN di enam negeri.

Ujarnya, matlamat PH-BN sudah pasti untuk membersihkan seorang demi seorang kluster mahkamah dan membebaskan mereka dari imej tersebut.

“Saya bimbang apabila membaca pendedahan Ketua Hakim Negara mengenai cubaan menakut-nakutkan atau memberi tekanan terhadap hakim pada tahun lepas.

“Saya menyokong pandangan Ketua Hakim Negara bahawa percubaan yang mereka buat pada tahun lepas itu adalah penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.

“Kita mesti pertahankan integriti institusi perundangan dari salahlaku serangan seperti yang berlaku tahun lepas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya