PDRM dapatkan kerjasama Interpol, NCB Moscow

Ceroboh Menara Merdeka: PDRM dapatkan kerjasama Interpol, NCB Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Unit Biro Pusat Nasional (NCB) Moscow bagi mengenal pasti pasangan warga Rusia untuk siasatan kes pencerobohan Menara Merdeka 118 di sini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan 13 individu termasuk kakitangan menara terbabit.

“Kita telah minta menghantar permohonan kepada Interpol untuk pengesahan selain bantuan NCB Moscow untuk kesan identiti dua suspek terbabit.

“Selain itu, kita juga sedang menunggu laporan analisa video pasangan terbabit oleh pihak Cyber Security. Ketulenan masih belum disahkan lagi,” katanya kepada pemberita semasa Hari Bersama Media Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat awal pasangan terbabit telah keluar dari Malaysia.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan dalam tindakan untuk dilengkapkan dengan dapatan lain.

“Kita nasihatkan pihak pengurusan mana-mana bangunan yang menjadi tumpuan agar meningkatkan dan perketat kawalan keselamatan,” ujarnya.

Sebelum ini, polis menerima satu laporan dari pihak Menara Merdeka 118 yang dibuat di Balai Polis Tun H S Lee, pada 29 Disember lalu.

Disember tahun lalu, tular gambar pasangan warga Rusia itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya