Orang ketiga, perbalahan berpanjangan antara alasan cerai Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Orang ketiga, perbalahan berpanjangan antara alasan cerai Puteri Sarah

PUTERI Sarah bercakap kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof di di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. - UTUSAN/MOHD.FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan suaminya, Syamsul Yusuf kerana sudah tidak ada persefahaman di antara mereka dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Selain itu, ibu kepada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga dan hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian tersebut.

“Tambahan pula, saya bersama anak-anak saya tidak lagi tinggal bersama suami saya, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin kami di Taman Melawati.

“Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga dan hubungan sulit defendan (Syamsul) sehinggakan defendan juga telah lama dan lebih dahulu tidak pulang ke rumah rumah kelamin tersebut.

“Oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak, saya percaya bahawa jika (perkahwinan) diteruskan mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak,” katanya.

Alasan-alasan tersebut dinyatakan Puteri Sarah dalam dokumen permohonan cerai yang difailkan wanita itu di Kaunter Pendaftaran Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu, kes itu akan disebut di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Akmalludin Ilyas pada 7 Mac ini.

Menurut peguam terbabit, pada tarikh tersebut Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Shamsul Mohd. Yusuf perlu hadir ke mahkamah dan menyatakan pendiriannya.

“Kalau Syamsul setuju dengan permohonan Sarah, maka lafaz cerai akan dibuat pada hari berkenaan. Sekiranya Syamsul tidak bersetuju, ada beberapa proses yang perlu dilalui seperti melantik hakam dan sebagainya,” kata peguam itu.

Pada 10 Januari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana beliau tidak rela dimadukan. Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 di Masjid Al- Mukarramah, Bandar Sri Damansara dekat sini.

Syamsul pula dalam satu temu bual media berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah malah meminta isteri pertamanya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.