KUALA TERENGGANU: Seorang mualaf memanfaatkan sepenuhnya Tahun Baharu Cina untuk merapatkan lagi hubungan mesra keluarganya dan isteri yang dikahwininya sejak tiga tahun lalu. Peniaga, Lee Liang Yeou, 26, dari Kuala Ibai di sini, berkata, dia bersyukur kerana keluarganya sangat berfikiran terbuka dan tidak pernah bertindak memulaukan dirinya sejak mengambil keputusan memeluk Islam pada tahun 2020. Menurutnya, tidak seperti kisah-kisah tragis yang berlaku terhadap mualaf lain yang disisihkan keluarga, kisah penghijrahannya…










