Mindef, ATM diminta terus budayakan inovasi, jalin kerjasama dengan pemain industri - Utusan Malaysia

Mindef, ATM diminta terus budayakan inovasi, jalin kerjasama dengan pemain industri

ADLY Zahari berucap pada Majlis Penutup Minggu Inovasi Mindef 2023 - FB ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta untuk terus membudayakan inovasi dan menjalin kerjasama dengan pemain industri agar dapat mengembangkan lagi projek inovasi kementerian.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini kerana industri pertahanan negara mampu menjana ekonomi negara bagi jangka panjang menerusi skopnya yang luas meliputi bidang aeroangkasa, maritim, persenjataan, automotif dan barangan guna sama kententeraan.

“Saya percaya produk-produk ini (projek inovasi) berupaya memanfaatkan industri pertahanan tempatan yang berpotensi menjadi pemangkin ekonomi bagi tempoh jangka panjang.

“Kerjasama dengan pemain industri luar juga akan membuka banyak peluang pekerjaan dan membawa lebih banyak kepakaran dalam industri pertahanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Minggu Inovasi Mindef 2023 di Wisma Pertahanan di sini.

Sementara itu, Adly turut menyarankan petugas Mindef dan ATM untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan dan idea lebih berinovasi.

Katanya, ia supaya harapan dan permintaan rakyat dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan perkhidmatan lebih berkualiti mampu dipenuhi.

“Oleh kerana itu, saya yakin program ini merupakan platform untuk warga Mindef dan ATM melestarikan budaya inovasi sebagai teras penyampaian perkhidmatan.

“Dengan adanya program ini, inovasi akan sentiasa dipupuk dalam kalangan warga kerja dan menjadikannya budaya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Mindef dan ATM,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya