Kesian mereka ini, lapar perhatian - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Kesian mereka ini, lapar perhatian – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Lagi banyak dia dapat reaksi, semakin dia rasa hebat.”

Demikian pandangan pelakon dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaakob, tentang perangai individu yang laparkan perhatian di media sosial.

Tidak menamakan sesiapa, Fazley, 48, menyindir individu terbabit yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat tumpuan.

“Sebenarnya, kita boleh nampak perangai sebenar seseorang daripada cara mereka memuat naik kata-kata dalam
media sosial.

“Kalau dia jenis suka menjatuhkan org lain dan jiwa kosong, mereka sangat memerlukan perhatian dan kebenaran dalam masyarakat.

“Lagi banyak dia dapat reaksi, semakin dia rasa hebat. Dia rasa dia api yang perlukan gas untuk kekal menyala, tapi sebenarnya dia hanya budak kecil yang menangis supaya orang sekeliling bagi perhatian,” katanya.

Dalam masa yang sama, Fazley yang anaknya, Fariedz Yaakob juga peserta Talk To My Manager Musim Kedua, bersimpati dengan individu berkenaan.

“Kesian mereka ini, lapar perhatian tetapi tak pernah kenyang!” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN